Home

Followers

Showing posts with label Set Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Set Berpantang. Show all posts

Wednesday, 31 July 2013

Review Set Bersalin Tanamera dan Shaklee



Genap 7 Ogos 2013 ni kandungan dah mencecah 8 bulan. Perasaan teruja, gembira, berdebar semua dalam fikiran. Sekarang ni da start rerajin untuk browse set berpantang. Dah macam-macam produk jugalah kat pasaran yang aku tengok.. Ada yang berasaskan jamu, ada yang guna hemophaty, yang ayurveda pun ada. Di atas usaha berkat kerajinan aku mengreview semua testimonial, akhirnya aku dengan husband sepakat untuk beli set Tanamera. Set ni mengandungi 11 produk yang mana iainya :

  1. Cold Pressed Virgin Coconut Oil 
  2. Brown Formula Soup 
  3. Herbal Massage Oil 
  4. Lavender Floral Water 
  5. Feminine Herbal Wash 
  6. Herbal Bath 
  7. Herbal Tea 
  8. Firming Herbal Blend Paste (Param)
  9.  Abdominal Wrap (Bengkung) 
  10. Calming Herbal Blend Paste (Pilis)
  11.  Boreh Body Scrub 



Antara alasan mengapa aku akan gunakan set ini :

  • Set ni diasaskan berdasarkan rawatan Melayu tradisional, rawatan selepas bersalin Cina dan Ayurveda untuk menyediakan satu penyelesaian semula jadi penyembuhan badan dari luar dan dalam dengan cara yang seimbang.
  • Diperbuat daripada berasaskan tumbuhan 100% bahan-bahan semulajadi dengan penekanan kepada penggunaan herba tropika dan minyak pati, tanpa pewarna tiruan, pewangi, pengawet, bahan kimia toksik atau 'jamu' yang berbahaya kepada bayi. Kata orang klau makan jamu baby yg breastfeed senang exposed to jaundis. Wallahuallam..
  • Direka untuk menyediakan penjagaan semasa hamil untuk membantu melancarkan proses bersalin, dan penjagaan semasa pantang untuk membantu ibu mendapatkan rehat, penyembuhan, penyegaran badan untuk mendapatkan bentuk badan yang asal dalam masa yang sesingkat mungkin. Memandangkan produkni banyak berasaskan aromaterapi, aroma tu sendiri buat kita relax expecially lavender floral water..Sangat fresh and relaxing.
  • Mesra penyusuan susu ibu dan dengan kesan aromaterapi untuk menenangkan akan melegakan ibu berpantang untuk pemulihan yang lebih cepat. 
  • Yang paling best is dia punya Cold Pressed Virgin Coconut Oil. Yang ini mampu mengurangkan kadar koyakan di bahagian perineum sekiranya kita rajin buat urutan / massage di kawasan tersebut seawal 30 minggu bagi kelahiran anak pertama dan 34minggu bagi kelahiran seterusnya. Ianya terbukti melembutkan kawasan tersebut dan melancarkan proses bersalin. Bila da masuk 36 minggu da boleh start consume makan 1 tablespoon siang, petang dan malam.

Penjagaan selepas bersalin set Tanamera ni dijual pada harga runcit RM360 di Semenanjung Malaysia dan RM380 di Malaysia Timur, termasuk pos. Servis sangat cepat. khamis order jumaat sampai. Bestkan and xsabar nk guna. Untuk full review boleh tengok kat website ni :http://tanamerapostnatal.com/..Set ini mostly hanyalah untuk kegunaan luaran sahaja yang mana untuk dalaman aku gunakan produk shaklee untuk vitamin berpantang.Ianya memang agak costly sedikit bila campurkan kedua-dua set ni tapi bila dah nk jadi ibu, semua nak yang terbaik untuk anak kite kan. Set shaklee aku akan buat review pada entry akan datang :-)